Friday, March 9, 2007

Pembuangan bayi di Malaysia

Pembuangan Bayi

Pengguguran dan Pembuangan Bayi

Semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia, pengguguran memang diharamkan. Walau bagaimanapun atas nasihat doktor, pengguguran dibolehkan bagi mengelakkan risiko ibu yang mengandung sama ada difikirkan boleh mengancam nyawa atau boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung.

Tempat- tempat pembuangan:

Di dalam tong sampah, di pasar raya, di belakang pasaraya, di surau, di dalam semak, di dalam tandas, di perhentian bas dan sebagainya.

Pandangan Terhadap Pengguguran Dan Pembuangan Bayi

Pengguguran seperti yang dijelaskan ialah bermaksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan ( sembilan bulan untuk manusia ) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Isu moral yang ingin diketengahkan ialah adakah fetus boleh dianggap makhluk yang hidup? Dan satu persoalan lain yang ditimbulkan ialah:

1. Adalah salah untuk membunuh manusia yang tidak berdosa;
2. Fetus adalah insan yang tidak berdosa, perlu dibiarkan meneruskan
proses pembesaran.

Kesimpulannya

Adalah salah untuk membunuh fetus kerana fetus akan membesar menjadi manusia.

No comments: