Thursday, March 8, 2007
kes buli dalam kalangan pelajar
Kes pelajar lama membuli pelajar baru bukannya perkara baru. Ia berlaku setiap tahun di sekolah khususnya sekolah berasrama. Budaya ragging pelajar baru adalah merupakan satu bentuk hiburan kepada pelajar lama. Entah sampai bila budaya pelajar senior membuli pelajar baru akan berhenti tidak diketahui. Zaman saya bersekolah dahulu ragging adalah perkara lumrah yang bagaikan satu kewajipan dilaksanakan oleh pelajar senior terhadap pelajar yang baru masuk. Sekiranya pelajar baru tidak menurut arahan pelajar senior yang rag mereka, hukuman lebih berat akan dikenakan. Jadi mahu tidak mahu terpaksa dilakukan juga. Setakat membasuh kasut atau pakaian pelajar senior mungkin itu tidaklah berat sangat. Tetapi ada yang kena berenang dalam air bercampur najis tahi lembu dan lain-lain najis. Apakah jenis pelajar ini yang jika di renungkan adalah mereka yang bijak kerana memasukki sekolah berasrama penuh tetapi mempunyai mentaliti seorang samseng.Kita tunggu apa sebenarnya yang berlaku terhadap Matheus selepas bedah siasat selesai.Walaupun kes membuli di sekolah berasrama penuh berlaku setiap tahun khasnya sewaktu minggu orientasi, nampaknya pihak Kementerian Pelajaran masih tidak mengambil iktibar untuk membendung gejala itu dari terus berlaku. Pelajar yang jika disabitkan dengan membuli ini sepatutnya tidak mendapat tempat di sekolah berkenaan. Tindakan tegas perlu diambil agar ianya tidak akan berlaku lagi. Mesej jelas hendaklah disampaikan kepada seluruh pelajar di mana sahaja mereka berada. Bagaimana sekiranya Matheus tidak meninggal dunia, adakah ianya akan ditutup sahaja bagi menjaga nama baik sekolah? Kematian seorang anak muda seusia Matheus adalah satu kerugian dari segi modal insan kepada negara dan di harap gejala ini dapat dibendung dan dihapuskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment