Seks luar nikah
Mengapa remaja `menghalalkannya’?
SEKS...satu perkataan ringkas tetapi mempunyai pemahaman yang sungguh luas dan subjektif.
Di era kemajuan kini, ramai yang lebih terbuka dalam membicarakan perihal seks dari pelbagai sudut dan perspektif walaupun masih ada yang menganggap ia sesuatu yang ‘taboo’ (pantang) dan tidak manis diperkatakan, terutamanya oleh mereka yang belum berkahwin.
Lupakan sejenak perbezaan kedua-dua pendapat ini kerana realitinya, semakin ramai remaja terbabit dalam aktiviti seks luar nikah dewasa ini.
Mengikut Tinjauan Seks Sejagat Durex 2004 - membabitkan 350,000 responden dari 41 negara - secara purata, seseorang mula melakukan hubungan seks buat pertama kali - hilang dara atau teruna - antara usia 16 tahun dan 20 tahun atau purata usia 17.7 tahun.
Remaja Malaysia? Secara purata, remaja Malaysia melakukan seks kali pertama pada usia 19.3 tahun berbanding 20 tahun pada 2001 sedangkan kajian Persekutuan Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (PPPKM) mendapati usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia bagi lelaki adalah 28 tahun dan 25 tahun bagi perempuan berbanding masing-masing 21 tahun dan belasan tahun, dulu.
Sukar untuk mempercayai perkara sedemikian berlaku di kalangan masyarakat yang membesarkan anak kecil mereka dengan gambaran bahawa seks adalah satu perkara yang ‘tidak baik’ melainkan adanya ikatan perkahwinan antara dua pasangan lelaki dan perempuan.
Adakah remaja hari ini tidak menerima lagi pandangan dan `didikan’ ini hanya kerana dunia dan masyarakat semakin moden, dunia tanpa sempadan dan globalisasi yang penuh mencabar?
Tidakkah mereka memikirkan masa depan yang akan gelap jika hamil sebelum berkahwin? Apakah yang akan terjadi pada persekolahan atau kerjaya mereka? Sekolah terbiar, kerjaya tergugat.
Belum lagi mengambil kira malu pada diri, keluarga dan masyarakat. Sanggup dibuang keluarga kerana menconteng arang ke muka mereka semata-mata kerana mengikut nafsu? Sanggup `dibelasah’ kerana merosakkan anak gadis orang? Pendek kata, dunia akan `tunggang-terbalik’!
Kebanyakan remaja yang terbabit dalam hubungan seks ini menyedari bahawa perbuatan mereka itu salah, tetapi rela membiarkan nafsu menguasai diri berbanding akal fikiran yang waras. Ada juga yang terbabit dalam seks luar nikah ini memberi pelbagai alasan - seperti tekanan hidup - untuk `menghalalkan’ perbuatan mereka.
Bukan itu saja, ada yang melakukan seks oral (hubungan seks yang membabitkan mulut dan alat sulit saja) dengan anggapan bahawa ia ‘ringan’ dan tidak akan menyebabkan kehamilan.
Harus diingat, biarpun tidak menyebabkan kehamilan, ia masih berisiko untuk menyebarkan penyakit kelamin, herpes, sifilis dan hepatitis, sama seperti hubungan seks secara langsung.
Ramai remaja juga menerima perlakuan `intim’ seperti berpeluk, bercium atau seks antara pasangan kekasih, sebagai sesuatu yang normal.
Pihak berkaitan, terutama ibu bapa harus memandang serius perkara ini. Melihatkan peningkatan bilangan kelahiran anak luar nikah dan pengguguran bayi, remaja seharusnya didedahkan mengenai keburukan perbuatan ini pada fizikal, emosi, mental, sosial dan spiritual kepada pelakunya.
Pakar Psikologi dan Ketua Unit Pembangunan Penyelidikan Kesihatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof Dr Sarinah Low Abdullah berkata, sesetengah ibu bapa tidak menitikberatkan pendidikan seks kepada anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak itu berusaha mendapatkan maklumat yang ‘tidak selamat’ daripada sumber lain seperti rakan, buku, majalah, laman web atau cakera padat video (vcd) lucah.
Katanya, anak-anak ini harus diberi pendidikan nilai dan spiritual, yang akan membantu menjadi benteng menangani gejala tidak sihat.
“Tanpa nilai ini, remaja akan memudah `tergoda’ dengan pujuk rayu dan ajakan untuk melakukan perkara tidak baik kerana tiada disiplin dan prinsip yang kukuh untuk dipegang,” katanya.
Hubungan kekeluargaan yang erat juga mampu menghindarkan golongan remaja daripada melakukan perkara yang negatif dan pada masa yang sama, remaja juga harus berfikir dengan lebih rasional dan tidak terlalu terikut-ikut dengan budaya yang tidak baik.
30 peratus remaja `terjebak’...
i-Kon turut menjalankan kajian mengenai isu ini. Kajian ini membabitkan 100 remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, berusia lingkungan 15 tahun ke 30 tahun. Mereka ini terdiri daripada pelajar, penuntut institusi pengajian tinggi dan sebahagiannya sudah memasuki alam pekerjaan.
(Kadar maklum balas adalah 100 peratus - bermakna semua remaja yang didekati bersetuju untuk menyertai kajian ini. Peratusan kadar maklum balas penting bagi menentukan kajian ini sahih dan boleh digunakan)
Responden ini ditemui i-Kon dalam kajian yang dijalankan di pusat beli-belah, stesen pengangkutan awam dan kedai makan.
Penemuan kami, 31 peratus (31 remaja) mengaku sudah melakukan seks dan tujuh daripadanya (23 peratus daripada 31 remaja) melakukan perbuatan itu ketika belum mencecah usia 15 tahun!
Mengejutkan? Sudah pasti ya kerana di kala usia masih mentah dan kehidupan seharusnya ditumpukan untuk mencapai cita-cita, remaja ini `hanyut’ melayan nafsu atas alasan ingin tahu dan cinta.
Lebih membimbangkan apabila sebahagian besar pelajar iaitu 65 peratus membenarkan pengguguran dilakukan jika mengandung anak luar nikah.
Sikap liberal remaja ini sememangnya `menggerunkan’ dan sewajarnya membuka mata pihak berkaitan untuk melakukan sesuatu kerana ia akan mendorong kepada amalan tidak sihat.
Walaupun kajian ini tidak mewakili keseluruhan remaja di negara ini, ia setidak-tidaknya dapat memberi gambaran mengenai pandangan remaja mengenai isu seks, pemahaman dan tahap kesedaran berhubungnya.
Penemuan lain kajian i-Kon:
57 peratus remaja mengaku pernah bercium, terutama dengan teman istimewa;
69 peratus remaja pernah berpeluk dengan teman istimewa;
80 peratus remaja berpegang tangan dengan teman istimewa;
55 peratus remaja pernah menonton filem lucah;
43 peratus remaja pernah melayari laman web lucah;
Majoriti remaja iaitu 81 peratus mendapatkan maklumat mengenai seks daripada buku dan majalah (bukan bahan bacaan lucah);
72 peratus remaja mendapat maklumat seks daripada rakan;
Kira-kira 30 peratus ke 40 peratus remaja mendapat pengetahuan mengenai seks daripada video, majalah dan laman web lucah;
59 peratus remaja bersetuju penggunaan kondom adalah antara kaedah perancangan keluarga yang berkesan;
Kira-kira 90 peratus remaja menganggap hubungan seks luar nikah sebagai tidak baik dan boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Friday, March 9, 2007
Pembuangan bayi di Malaysia
Pembuangan Bayi
Pengguguran dan Pembuangan Bayi
Semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia, pengguguran memang diharamkan. Walau bagaimanapun atas nasihat doktor, pengguguran dibolehkan bagi mengelakkan risiko ibu yang mengandung sama ada difikirkan boleh mengancam nyawa atau boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung.
Tempat- tempat pembuangan:
Di dalam tong sampah, di pasar raya, di belakang pasaraya, di surau, di dalam semak, di dalam tandas, di perhentian bas dan sebagainya.
Pandangan Terhadap Pengguguran Dan Pembuangan Bayi
Pengguguran seperti yang dijelaskan ialah bermaksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan ( sembilan bulan untuk manusia ) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Isu moral yang ingin diketengahkan ialah adakah fetus boleh dianggap makhluk yang hidup? Dan satu persoalan lain yang ditimbulkan ialah:
1. Adalah salah untuk membunuh manusia yang tidak berdosa;
2. Fetus adalah insan yang tidak berdosa, perlu dibiarkan meneruskan
proses pembesaran.
Kesimpulannya
Adalah salah untuk membunuh fetus kerana fetus akan membesar menjadi manusia.

PEMELIHARAAN DAN PRMULIHARAAN ALAM SEKITAR
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
1. KESEIMBANGAN ALAM
Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah :-
Kehidupan kita akan lebih sejahtera jika kita hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Ini dapat dicapai jika kita mengubah sikap kita. Sebagai contoh kita hendaklah mengitar semula plastik dan kertas supaya kita tidak perlu menuai hasil petroleum dan kayu-kayan. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif.
"MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMELIHARA DAN MEMULIHKAN ALAM SEKITAR KITA"

Kitar karbon
Kitar Nitrogen
kitar air
Kitar Nitrogen
kitar air
Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.
Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam. Letupan gunung berapi(volcano), gempa bumi(earth quake), kemarau(drought), Kebakaran hutan(forest fire), banjir(flood) dan taufan(tornado) boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat.
Antara kesan bencana alam ini ialah :-
1)merosakkan habitat(tempat tinggal haiwan)
2)menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan
3)mengganggu kitar semula jadi
4)pencemaran alam sekitar

2. KESAN PENCEMARAN
Selain daripada bencana alam, manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api fosil(petrol dan diesel) menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.
Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang seterusnya akan di makan oleh manusia.
Jika hendak disenaraikan punca pencemaran, amatlah banyak sehinggakan website ini tak cukup untuk menampung senarai tersebut. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan punca pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti manusia.

3. MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar timbul. Antaranya ialah :-
Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita meningkat akibat daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Rumah Hijau" (Green House Effect).
Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas Klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran U/V matahari menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit.
Kita hendaklah melindungi alam sekitar kita. banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini.
Mencari sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar.
Mengurangkan pembakaran.
Menukar CFC kepada HCFC yang lebih selamat.
Menanam pokok
Perhutanan semula(reforestation)

4. MENGURUS SUMBER ALAM YANG TERHAD
Selain daripada masalah pencemaran, kehidupan kita juga sedang diancam oleh kekurangan sumber alam. Makanan, air, logam dan bahan api merupakan sumber alam yang kian berkurangan akibat daripada penuaian berleluasa dan penggunaan yang tidak terancang.
Adalah penting kita menggunakan kebijaksanaan kita untuk mengurus sumber alam ini supaya ia kekal lebih lama untuk digunakan oleh generasi yang akan datang. Beberapa langkah yang praktikal ialah :-
Menghadkan aktiviti pembalakan dengan menuai kayu balak yang matang sahaja. Kayu kayan yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi tidak harus ditebang.
Mengharamkan penggunaan pukat harimau yang boleh merosakkan terumbu karang (coral reef).
Mengawal pembukaan tanah baru dengan melakukan kajian terperinci berkaitan kesannya kepada alam sekitar sebelum sesuatu projek dilaksanakan.
Menghadkan aktiviti perlombongan dan mencari idea baru untuk menggunakan bekas lombong.

5. UBAH SIKAP KITA !
Kehidupan kita akan lebih sejahtera jika kita hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Ini dapat dicapai jika kita mengubah sikap kita. Sebagai contoh kita hendaklah mengitar semula plastik dan kertas supaya kita tidak perlu menuai hasil petroleum dan kayu-kayan. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif.
"MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMELIHARA DAN MEMULIHKAN ALAM SEKITAR KITA"
Thursday, March 8, 2007
keruntuhan nilai moral
Keruntuhan Nilai Moral
Dewasa ini kita lihat keruntuhan nilai moral dalam masyarakat kita makin menjadi-jadi. Dulu hanya sekadar luka tetapi sekarang sudah menjadi makin serius dan akan terus melarat sekiranya tiada sebarang tindakan segera untuk membendung atau mengubatinya diambil. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila golongan muda atau belia Islam turut menjadi mangsa.
Bermacam-macam gejala sosial dan keruntuhan nilai moral yang melanda golongan ini. Diantaranya pergaulan bebas, lepak, pakaian menjolok mata, hubungan seks bebas dan pelbagai masalah lain.
Sekiranya kita soroti masalah ini dengan teliti, kita akan dapati ia adalah berpunca daripada kecelarauan hidup yang mementingkan keseronokan tanpa menghiraukan batas-batas serta larangan agama. Sikap suka meniru budaya-budaya barat dengan mengagung-agungkan penyanyi serta pelakon. Setiap gerak-geri dan kelakuan artis tersebut dituruti dengan bangga tanpa ada rasa segan silu. Berpakaian begitu menjolokkan mata sehingga mendedahkan segala lurah yang sepatutnya ditutup rapi daripada pandangan umum. Berpakaian begitu dikatakan sebagai ‘up to date’ dan masyarakat pula tidak mengendahkan semua itu. Padahal telah banyak fatwa-fatwa ulama yang mengharamkan perbuatan itu. Persatuan atau NGO Islam juga telah menyuarakan pelbagai ketidakpuasan hati mereka terhadap fenomena yang berlaku itu. Namun, tiada sebarang tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang bertanggungjawab. Malah, pelbagai program yang jelas melanggar hukum terus diadakan atas alasan konsert amal, kutipan derma, program hiburan dan sebagainya. Berpusu-pusu syarikat besar memberikan tajaan untuk menjayakan program tersebut dengan diberikan publisiti yang cukup meluas. Tidak cukup dengan akhbar dan majalah, hebahan tv dan radio juga turut tidak kentinggalan.
Apabila berlakunya gejala buruk akibat daripada program dan budaya songsang yang dianjurkan itu, masing-masing akan cuba berlepas tangan dan menunding kearah orang lain tanpa mengakui kesalahan diri sendiri. Ibubapa yang hanya melihat gelagat kelakuan anak-anak tanpa menegur dan memberikan pengajaran kearah kebaikan. Membiarkan mereka terus hanyut dengan fahaman dan anutan itu. Pihak kerajaan pula terus memberikan hak penyiaran sama ada dalam akhbar, majalah, tv dan radio untuk menyiarkan program-program tersebut tanpa pemantauan yang rapi. Membiarkan artis-artis yang menjadi pujaan kegilaan golongan belia remaja mendedahkan aurat untuk tatapan umum tanpa rasa segan silu. Golongan ini muda sanggup menghabiskan wang untuk menyokong artis pujaan mereka dan sanggup menangis sekiranya artis pujaan mereka kalah atau menerima apa-apa musibah.
Dalam hal ini, siapakah sebenarnya yang patut dan harusnya dipersalahkan diatas masalah yang besar ini timbul? Tidakkah kita rasa bertanggungjawab diatas kejadian tersebut? Adakah kita semua mahu lihat anak-anak muda kita yang kita laungkan sebagai pemimpin masa depan akhlaknya runtuh dan tidak bermoral? Mahukah kita berada dibawah pimpinan pemimpin yang tidak mempunyai akhlak yang terpuji?

kes buli dalam kalangan pelajar
Kes pelajar lama membuli pelajar baru bukannya perkara baru. Ia berlaku setiap tahun di sekolah khususnya sekolah berasrama. Budaya ragging pelajar baru adalah merupakan satu bentuk hiburan kepada pelajar lama. Entah sampai bila budaya pelajar senior membuli pelajar baru akan berhenti tidak diketahui. Zaman saya bersekolah dahulu ragging adalah perkara lumrah yang bagaikan satu kewajipan dilaksanakan oleh pelajar senior terhadap pelajar yang baru masuk. Sekiranya pelajar baru tidak menurut arahan pelajar senior yang rag mereka, hukuman lebih berat akan dikenakan. Jadi mahu tidak mahu terpaksa dilakukan juga. Setakat membasuh kasut atau pakaian pelajar senior mungkin itu tidaklah berat sangat. Tetapi ada yang kena berenang dalam air bercampur najis tahi lembu dan lain-lain najis. Apakah jenis pelajar ini yang jika di renungkan adalah mereka yang bijak kerana memasukki sekolah berasrama penuh tetapi mempunyai mentaliti seorang samseng.Kita tunggu apa sebenarnya yang berlaku terhadap Matheus selepas bedah siasat selesai.Walaupun kes membuli di sekolah berasrama penuh berlaku setiap tahun khasnya sewaktu minggu orientasi, nampaknya pihak Kementerian Pelajaran masih tidak mengambil iktibar untuk membendung gejala itu dari terus berlaku. Pelajar yang jika disabitkan dengan membuli ini sepatutnya tidak mendapat tempat di sekolah berkenaan. Tindakan tegas perlu diambil agar ianya tidak akan berlaku lagi. Mesej jelas hendaklah disampaikan kepada seluruh pelajar di mana sahaja mereka berada. Bagaimana sekiranya Matheus tidak meninggal dunia, adakah ianya akan ditutup sahaja bagi menjaga nama baik sekolah? Kematian seorang anak muda seusia Matheus adalah satu kerugian dari segi modal insan kepada negara dan di harap gejala ini dapat dibendung dan dihapuskan.
keganasan terhadap wanita
KEGANASAN TERHADAP WANITA
Keganasan terhadap wanita (KTW) adalah batu penghalang dalam usaha untuk mencapai kesaksamaan, pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Ia mengakibatkan kecederaan fizikal, seksual dan psikologi ke atas wanita. KTW termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Keganasan fizikal, seksual dan psikologi dalam keluarga termasuk keganasan rumahtangga, seks sumbang muhrim, rogol isteri dan keganasan terhadap pembantu rumah (Rujukan: Dasar Tindakan Beijing).
Keganasan fizikal, seksual dan psikologi dalam masyarakat oleh jentera negara termasuk gangguan seks di tempat kerja, di institusi pendidikan dan di tempat lain, rogol, penyeludupan wanita dan pelacuran paksaan.
Imej-imej yang ganas, yang menjatuhkan maruah dan gambar lucah wanita dalam media elektronik, cetakan, visual dan audio. Kempen Menentang KTW dan Reaksi Kerajaan
Ancaman dan kesan keganasan terhadap wanita menyemaikan perasaan takut dan tidak selamat dalam hidup kaum wanita dan menjadikannya halangan kepada kemajuan wanita sepenuhnya. KTW berpunca dari kedudukan rendah yang diberikan kepada wanita di dalam keluarga dan di dalam masyarakat. Ianya manifestasi sistem patriakal dan ketidaksamaan hubungan antara wanita dan lelaki. KTW terselindung di belakang tabir rahsia dan penafian yang mendedahkan wanita kepada penderaan.
Pada sudut sejarahnya, NGO wanita telah mempertengahkan isu KTW dan telah berkempen untuk undang-undang digubal bagi melidungi serta memberi khidmat bantu kepada mangsa gender. Bermula pada tahun 1985, Kumpulan Tindakan Bersama Menentang KTW telah berkempen untuk meminda undang-undang yang berkaitan dengan kes-kes rogol dan untuk menggubal Akta Keganasan Rumahtangga. Kumpulan-kumpulan wanita juga telah menyedarkan masyarakat tentang isu-isu keganasan rumahtangga, rogol, gangguan seks, gambaran negatif wanita dalam media, pornografi, pelacuran dan keganasan terhadap pembantu rumah oleh majikan mereka. Pada tahun 1994, Akta Keganasan Rumahtangga telah diluluskan oleh parlimen, menjadikan Malaysia negara Asia dan negara Islam yang pertama menggubal undang-undang sedemikian. Namun ianya telah memerlukan dua tahun berkempen untuk undang-undang itu dikuatkuasakan pada bulan Jun 1996.
Insiden keganasan di Malaysia adalah tinggi. Pada tahun 1992, kajian oleh Women's Aid Organisation dan Survey Research Malaysia (WAO/SRM), mendedahkan bahawa 39% daripada wanita telah menjadi mangsa keganasan. Dalam tahun 1995, terdapat 1,409 laporan polis mengenai kes keganasan rumahtangga. Dalam tahun 1997, iaitu tahun sepenuhnya di mana Akta Keganasan Rumahtangga dikuatkuasakan, angka ini meningkat tinggi kepada 5,477, iaitu kadar kenaikan sebanyak 388%. Perangkaan kes rogol juga menimbulkan kerisauan. Dalam tahun 1991, polis mencatatkan sebanyak 682 kes rogol yang dilaporkan, tetapi pada tahun 1997 angka ini meningkat lebih dua kali ganda (1,323 kes), iaitu bersamaan 4.1 kes rogol setiap hari. Inipun hanya sedikit sahaja dari apa yang sebenarnya dipercayai berlaku. Terdapat juga peningkatan laporan-laporan pencabulan seks ke atas kanak-kanak. Perangkaan polis pula menunjukkan bahawa mangsa-mangsa rogol kian semakin muda. Dari kajian media yang telah dijalankan oleh WAO, dalam tempuh masa 8 bulan pertama tahun 1998, telah didapati bahawa 28 dari 115 kes-kes rogol yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan adalah kes seks sumbang mahram.
Oleh itu kita mengalu-alukan rancangan kerajaan untuk menubuhkan pusat-pusat krisis bersepadu di semua hospital daerah untuk menangani kes-kes keganasan rumahtangga, rogol dan penderaan kanak-kanak.
Kempen-kempen mengenai isu gangguan seks oleh pertubuhan-pertubuhan wanita telah menyedarkan masyarakat bahawa kelakuan itu adalah biadap dan tidak boleh diterima. Kita mengalu-alukan langkah kerajaan untuk menubuhkan kumpulan kerja bagi merangka dasar dan kod kelakuan mencegah gangguan seks di tempat kerja.
Namun begitu masih ada lagi kekurangan kesedaran awam bahawa imej keganasan dan yang menjatuhkan maruah wanita dalam media itu adalah juga merupakan bentuk keganasan terhadap wanita. Gambaran berpanjangan stereotaip wanita ditambah lagi dengan pendewaan keganasan fizikal dan seks yang menghubungkannya kepada kuasa dan nikmat. Terutamanya, imej-imej wanita diganasi selalu terdapat dalam media arus perdana, iaitu dalam drama televisyen dan filem, yang mana keganasan digambarkan sebagai cara mudah untuk menyelesaikan konflik.
Kebelakangan ini, timbul pula kemusykilan tentang gangguan dan tekanan polis terhadap wanita-wanita setinggan, penunjuk perasaan secara aman, pekerja-pekerja seks dan pekerja asing. Kumpulan-kumpulan penyokong peneroka bandar telah melaporkan bahawa pihak polis telah menjadikan wanita sebagai sasaran mereka dengan mencuba untuk memalukan mereka (wanita) dengan mengoyakkan pakaian wanita serta dengan ugutan rogol. Berlaku juga satu insiden di mana seorang wanita mengandung 8 bulan telah ditembak mati oleh polis dalam satu serbuan di sebuah rumah yang disyaki tempat persembunyian penculik-penculik.
Tindakan:
Perkenalkan program latihan peka gender di sekolah-sekolah dan di tempat-tempat kerja (terutama bagi polis, kehakiman, pegawai kebajikan dan kesihatan) untuk mengubah corak budaya dan perlakuan sosial lelaki dan wanita supaya dapat membanteras semua amalan yang berasaskan idea inferioriti atau superioriti mana-mana seks, serta membanteras peranan stereotaip wanita dan lelaki dalam masyarakat.
Selenggarakan pendidikan pencegahan untuk masyarakat supaya dapat membanteras keganasan terhadap wanita.
Timbulkan kesedaran kepada kanak-kanak tentang pencabulan seks.
Memastikan semua Pusat Krisis Bersepadu yang diwujudkan di hospital-hospital kerajaan dianggotai oleh pegawai-pegawai yang terlatih dan mendapat peruntukan kewangan yang secukupnya untuk memberikan khidmat-khidmat kecemasan dan kaunseling yang berkesan terhadap mangsa rogol, keganasan rumahtangga, seks sumbang mahram (muhrim) dan pencabulan seks.
Membantu, menyokong dan membiayai khidmat perlindungan dan kaunseling wanita dan perempuan mangsa keganasan yang diselenggarakan dengan baik.
Kaji semula dan memperbaiki undang-undang dan prosedur pentabiran yang sedia ada selaras dengan KTW untuk memastikan bahawa mangsa keganasan lebih mudah mendapatkan perlindungan dan sokongan sejajar dengan semangat undang-undang itu. Pastikan keberkesanan perlaksanaan undang-undang berkaitan dengan keganasan: Kanun Keseksaan, undang-undang berkaitan dengan rogol, Akta Bukti dan Akta Keganasan Rumahtangga 1994.
Rumus dan laksanakan dasar-dasar menentang gangguan seks, serta bangunkan program dan prosedur untuk membanteras gangguan seks, terutamanya di tempat-tempat kerja dan institusi pendidikan.
Galakkan gambaran wanita di dalam media yang membayangkan kepelbagaian wanita dan bukannya terhad kepada stereotaip seks sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)